Sunday, 19 May 2013

CHERNUSHKA DAN KOLAR KESAYANGANNYA~


Assalamualaikum..


Chernushka ialah seekor kucing betina jalanan di Moscow. Dia ada kolar merah jambu pada lehernya yang dia suka dan menganggap sebagai nyawanya. Kita tidak tahu kisah lampaunya tetapi kerana dia mempunyai kolar, kita tahu bahawa dia pernah mempunyai pemilik.

Tetapi itu kisah lampau, dia kini menetap di hadapan stesen kereta api bawah tanah, Petrovsko-Razumovskaya, sebagai tempat berteduh. Orang ramai biasanya memberi makanan padanya apabila mereka melihat dia di situ. Dia terkenal dikalangan orang ramai kerana kesukaannya pada kolar yang dia pakai, seolah-olah menjadi kebanggaannya. Dulu ada loceng kecil di atasnya tetapi ia terlalu lama dan telah hilang.

Ya, dia pernah bertuan dan seolah-olah berkata, "Setiap pagi aku merayau-rayau di sekitar kawasan stesen kereta api bawah tanah mencari pemilikku." Kemana saja dia pergi selagi boleh, mencari pemiliknya yang hilang. Dia masih berpendapat bahawa pemiliknya akan kembali untuk mengambilnya pulang ke rumah suatu hari nanti. Pada malamnya dia datang kembali ke stesen Metro Petrovsko-Razumovskaya. Sekarang musim hujan di Moscow, orang ramai tergesa-gesa datang ke stesen Metro kerana mereka tidak mahu kebasahan.

Sekolah juga ditutup selama sebulan dan para pelajar yang sentiasa memberinya makanan tidak  lagi datang ke stesen Metro. Dia begitu lapar lalu dia merayau di sekitar stesen Metro dan memutuskan untuk berjalan ke stesen Metro lain untuk mencari makanan. Hujan amat sejuk di luar sana dan Chernushka berkata di dalam hatinya bahawa jika pemiliknya kembali untuk mengambilnya pulang, dia tidak akan bersedih seperti ini. "Di manakah kamu? Saya mahu kamu, saya perlukan kamu dan saya sayang padamu. Tolong datang dan ambil aku pulang." Kata Chernushka.

Chernushka tiba disebuah restoran dim sum, ia kelihatan seperti tempat yang panas serta mewah dan ia berbau seperti ada makanan. Dia berjalan masuk ke restoran tersebut dan mendapati orang ramai duduk dan sedang makan dengan senang hati. Ramai pelanggan melihat dan memberitahu rakan-rakan mereka untuk melihatnya. Dari bawah meja dia berkata "Meow" pada orang dan ramai daripada mereka memberinya makanan. Dia dengan bangganya menunjukkan kolar pada lehernya dan memberitahu mereka bahawa walaupun dia adalah kucing jalanan dia pernah ada pemilik, membuat mereka tersenyum dan ketawa kecil.

Tiba-tiba, penjaga kedai itu ternampak dan sangat marah. Dia menghampiri dan menampar mukanya dan berkata "Kucing Jalanan! Pergi jauh!"

"Meow", jawab Chernushka.

"Apa? Kamu menyalahkan aku? Ini kedai aku, mengapa aku tidak boleh menampar kamu?" Kata penjaga kedai.
"Oh! Kau ada kolar! Megahnya kamu! Biar aku tengok!" Penjaga kedai itu berkata dan menarik kolar dari lehernya hingga putus kerana terlalu lama.

"Apa? Kolar lama!"  Penjaga kedai berkata dan meludah ke lantai.

Chernushka sangat marah kerana kolarnya dibuka dan menggigit tangan penjaga kedai itu.
"Kucing Sial! Kau gigit aku, aku akan bunuh kau!" Tengking penjaga kedai lalu menendang Chernushka dengan kuat kemudian mencampakkannya ke dinding. Chernushka kesakitan, dia mengutip kolarnya yang putus dan terus melarikan diri dari restoran itu.

Setiba di Metro, dia meletakkkan kolarnya dilantai dan memeluknya. Hujan di Moscow berterusan berhari-hari dan apabila orang ramai datang ke Metro pada waktu pagi, mereka nampak Chernushka tidur dengan kolar rosak disisinya. Mereka cuba memanggilnya untuk memberi makanan seperti biasa tetapi Chernushka tidak akan "bangun" lagi. 

Apabila semester baru sekolah bermula, pelajar-pelajar kembali ke Metro semula, mereka terperanjat kerana Chernushka tidak ada disana lagi. Kini Petrovsko-Razumovskaya Metro kembali sunyi tanpa kucing yg memakai kolar lama berwarna merah jambu di hadapan pintu masuknya.

- Vitaliy Tikhomirov -

~~~~~~~~~~~~~~~
Beberapa hari yg lalu..ramai yg berkongsi kisah Chernushka di facebook..kisah ini benar² menyedihkan hati Kakak..sehingga membacanya byk kali..dan tiap kali membacanya pasti menitiskan air mata..terbayang² kucen² jalanan diluar sana..moga shomey² diluar sana sentiasa selamat dari manusia² yg zalim..Aaminn..

P/S..Terima kasih buat "cikgu" yg translatekan kisah ini dalam Bahasa Melayu..ehehe ;)