Monday, 20 May 2013

SUKAN 2013~


Assalamualaikum..


Setelah sebulan berlatih..akhirnya hari yg ditunggu tiba jua..Sabtu,18 hb Mei 2013..sukan skolah telah diadakan di padang Taman Tasik Titiwangsa..


Sebelum acara bermula..anak² sarapan bersama²..


Acara dimulakan dgn perbarisan kanak²..


Ader 3 buah skolah semunya..skolah Nurmutiara Bijak,Nurmutiara Cemerlang dan Nurmutiara Kreatif..


Kakak dari Nurmutiara Bijak..;)


Habis perbarisan..acara diteruskan dgn bacaan ikrar oleh adik Marsya dari Nurmutiara Bijak,Kg.Pandan..


Pukul 9 lebih..matahari mula memancarkan cahaya..harimau nak bukak mata pun susah..ehehe~


Selepas bacaan ikrar..acara senamrobik bermula utk memanaskan badan dan menghiburkan tetamu yg hadir..


Selesai senamrobik..acara sukan pun bermula..


Setiap acara sukan..Nurmutiara Bijak menghantar 2 kumpulan..dalam acara lumba kereta..kumpulan Viva mendapat tempat pertama manakala kumpulan Waja mendapat tempat ketiga..


Acara menguntai manik pula..kumpulan Manik Cramble mendapat tempat pertama dan Manik Berjuntai di tempat kedua..


Acara bawa bola..kumpulan  Red Worrior hanya mampu berpuas ati di tempat ketiga dan Bujang Senang hanya mampu tersengih² di tempat keempat..hikhik ;p


Acara gubah bunga dan lari berganti..masing² tempat keempat utk kumpulan Singa dan Bunga Raya..manakala tempat kelima bg kumpulan Harimau dan Bunga Matahari..ok laa tu dapat gak nombor..ekeke ;p


Acara kanak² 4 tahun pula ialah lumba lari 100 meter..Nurmutiara Bijak menghantar 4 org jaguh iaitu Avril,Ain,Aliya dan Ammar..Avril berjaya mendapat tempat kedua manakala yg lain dapat saguhati jew..kikiki~


Dalam acara kutip gula² pula..Ammar mendapat tempat ketiga..yg lain dapat makan gula² jer..ahaha~


Acara utk bapa ialah mengisi air dalam botol menggunakan sudu..


Tempat pertama dimenangi oleh Encik Husni Rizal dari Nurmutiara Bijak..yeayyy!


Acara ibu pula ialah rebut kerusi..


Tempat ketiga ialah Puan Rostinah..manakala tempat kedua ialah Puan Dayang..kedua²nya dari Nurmutiara Bijak juga..ehehe~


Acara berpasangan ibubapa..melontar dan menyambut belon air..tempat kedua dimenangai oleh Encik Hashim dan Puan Dayang..tempat ketiga ialah Puan Rauhiyah dan Encik Zul Karnain..kesemuanya dari Nurmutiara Bijak..yeah yeahhhhhh! Ahaha ;p~


Acara diakhiri dgn penyampaian hadiah utk kanak²..dannnn


Ibubapa yang menang..:)


Bergambar kenangan sblm pulang..Alhamdulillah sumernya berjalan lancar..:)

Setelah selesai..masa utk guru pula utk bergumbira..acara rebut kerusi..tempat ketiga dimenangi Cikgu Waty dari Nurmutiara Bijak..acara kedua ialah lontar belon berisi air..Kakak berpasangan ngan Cik Waty..dapat tempat pertama..Alhamdulillah..;)

Selesai ambik hadiah..terus kemas padang..punggah sumer barang² sukan..pegi makan dan terus balik umah..sampai umah tepat pukul 2 ptg..terus merehatkan diri..lega rasanya dah abis sukan..tetiba Cikgu Waty tanya.."Mana hamper tadi? Bukak laa" Carik² tak jumpa..ingat dah bawak balik..kol cikgu skolah Nurmutiara Cemerlang..katanya takder terbawak balik..skolah Nurmutiara Kreatif pun takder gak..ermm..takper laa..bukan rezeki kitorg nampaknya..

Tetiba pagi tadi..Cikgu Ida dari Nurmutiara Cemerlang dtg..ni haa hamper korg..ceh!!!


Masih ader rezeki..ehehe..Alhamdulillah..hikhik~